INTERMITTENT FASTING UNTUK BEGINNER

Need to Add Alt Text For Image Search
Pemahaman mengenai Intermittent Fasting

APA ITU INTERMITTENT FASTING?


Intermittent bermaksud tempoh yang berkala. Fasting pula bermaksud berpuasa. Jadi maksud keseluruhan intermittent fasting adalah proses berpuasa secara berkala. Intermittent Fasting juga selalu orang akan panggil cukup dengan singkatan "IF". Namun ramai yang salah faham mengenainya di mana IF bukanlah DIET PROGRAM seperti Atkins, Paleo, Keto, Kalori Tracker dan sebagainya. IF hanyalah kitaran waktu makan sahaja. Bila nak mula puasa dan bila nak mula makan. Tiada pantang larang, Tiada sekatan makanan. Dan diingatkan cara berpuasa IF tidaklah sama macam kita umat islam berpuasa. Puasa IF hanya puasa makan tapi masih lagi boleh minum air dan korang boleh pilih waktu-waktu yang sesuai untuk korang berpuasa.

JENIS-JENIS INTERMITTENT FASTING

Terdapat pelbagai method atau cara nak berpuasa dengan IF ni, korang boleh pilih yang mana satu yang sesuai dengan diri korang. Sendiri korang kenalah experimen sendiri. Tapi antara 3 ni yang paling popular adalah method 16:8. Jom baca lagi!


3 JENIS PELAN IF

  1. The 16:8 Method - Berpuasa selama 16 jam & Makan selama 8 Jam setiap hari. Contohnya: Mula berpuasa dari pukul 7 malam, Kemudian boleh makan pada pukul 11 pagi esoknya.
  2. Eat Stop Eat Method - Dalam 1 Minggu, lakukan 1 hari (24 jam) berpuasa. Contoh mula berpuasa dari pukul 7 malam hari ini sehingga 7 malam berikutnya. Kemudian makan macam biasa. 
  3. The 5:2 Diet - Hanya makan 500 - 600 kalori dalam tempoh 2 hari dalam seminggu. Kemudian makan macam biasa untuk 5 hari berikutnya.

APA KESAN IF KEPADA TUBUH KITA?

Sebagai umat islam, secara tidak langsung kita dah tau dah apa benefit berpuasa ni. But biar lin terangkan secara details apa kesan berpuasa pada tubuh kita dari sudut kesihatan. Apabila kita berpuasa, kita sebenarnya memberi rehat kepada sistem pencernaan kita untuk berhenti bekerja. Kesian dekat badan asyik berkerja tidak kira masa. Lebih banyak kita makan, sistem pencernaan akan bekerja lebih gigih dan kuat supaya pencernaan kita itu sempurna. Jadi sistem tubuh kita pun perlu time-off jugak.

So masa time-off atau berpuasa, sistem tubuh akan lebih fokus kepada pemulihan dalaman dan jugak pembersihan sistem (Detox). Jadi pelbagai perkara akan berlaku pada tubuh anda, sebagai contoh, badan akan adjust hormon serta pengeluaran sel-sel baru. Berikut adalah 3 jenis hormon yang terlibat:
  1. Human Growth Hormon (HGH) - di mana hormon HGH akan mengekalkan, membina serta merawat tisu-tisu di dalam otak dan organ. Ia juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan pada tisu-tisu yang rosak dgn lebih efektif.  
  2. Insulin - Mengurangkan kadar penghasilan insulin dalam badan supaya penyerapan gula dalam darah lebih efisien.  
  3. Sel Repair - Proses pembaiki sel akan berlaku di mana sel protein yang telah mati dan tidak berfungsi dibuang dan digantikan baru.
Sebenarnya banyak lagi hormon yang terlibat, namun 3 hormon di atas yang paling utama yang perlu diketahui.

KELEBIHAN INTERMITTENT FASTING YANG PERLU KORANG TAHU

Senang cerita, bila kita berpuasa terdapat pelbagai perubahan hormon berlaku dalam tubuh kita, dan setiap hormon itu berhubungkait dengan sel,sistem dan sebagainya. Bila badan dah fully recover semestinya pelbagai kebaikan yang korang rasai setelah melalui IF. Berikut adalah benefit-benefit berpuasa cara IF.
  1. Membantu penurunan berat badan
  2. Meningkatkan tenaga
  3. Pengeluaran Sel-sel Baru
  4. Mengurangkan risiko penyakit berbahaya seperti jantung, diabetes, hipertensi dsb
  5. Menurunkan kadar kolestrol
  6. Melambatkan Penuaan
  7. Mencegah potensi mendapat penyakit berkaitan neurodegenerative seperti Alzheimer’s dan Parkinson’s
  8. Meningkatkan kecerdasan minda
  9. Mencegah kanser dan banyak lagi kebaikan untuk disenaraikan.

Untuk mengetahui cara MACAM MANA NAK BUAT IF METHOD 16:8, korang just klik link k.
Thank you for reading. Semoga mendapat manfaat bersama

KESIMPULAN

Intermittent Fasting bukan lah diet program ianya adalah kitaran waktu berpuasa. Waktu di mana untuk berpuasa, dan waktu untuk makan. Lebih lama berpuasa, lebih banyak penghasilan sel dan hormon dan lebih banyak kebaikannya. Jenis yang paling popular untuk mula adalah 16:8 setiap hari. 

No comments