MACAM MANA NAK BUAT INTERMITTENT FASTING 16:8 UTK MEREKA YG BEKERJA



HANYA 2 STEPS SAHAJA IAITU CARI TEMPOH MAKAN SESUAI & MAKANAN YANG SESUAI


Seperti mana sebelum ini, lin ada terangkan pasal IF, IF merupakan tempoh waktu untuk korang makan iaitu 8 jam makan, 16 jam berpuasa. So sebagai contoh diri lin, lin masuk kerja pukul 8.30, time lunch lin biasanya pukul 12-1 tengahari. Jadi lin akan start makan pukul 12 lah, dan akan makan dlm tempoh 8 jam sehingga pukul 8 malam. Selepas pukul 8 malam, lin dah x makan apa2 dah, bermaksud akan berpuasa selama 16 jam.. lin cuma akan minum air masak sahaja dan ready untuk tido. Rutin ini akan berlarutan selama seminggu atau lebih.

1) Cari Masa Makan Yang Sesuai Dengan Korang

Tempoh Makan 8 jam ni terpulang pada korang ikut keselesaan masing2. Kalau korang lapar pukul 10, then makan la pukul 10. Tapi pastikan anda cuma makan dalam tempoh 8 jam sahaja iaitu pukul 10 start makan, pukul 6 dah stop makan. Jelas tak? Sbb ada yang tanya lin, kalau nk makan breakfast boleh tak lin? Jawapannya YE,BOLEH je, asalkan lepas waktu makan 8 jam tu, korang dah kena stop makan. Ok kat bawah ni, lin ada share timing lin makan start dari pukul 12 tengahari - 8 mlm.

Contohnya Waktu Makan : (12 TENGAHARI - 8 MALAM)

Untuk yang baru nak mula IF 16:8, Cari Waktu Makan Yang Sesuai & Pilihan Makanan Yang Sesuai Sepanjang Tempoh 8 Jam. Pastikan makanan yang diambil seimbang dan sihat iaitu lengkap dengan Karbo, Protein, Sayur/Buah.

  • 10.00 PAGI - Minum Kopi 'O' Tanpa Gula & Air Masak Secawan
  • 12.00 TGHARI - START Makan MEAL (MAIN COURSE) & Air Masak Secawan
  • 2.00 PTG - Minum Kopi 'O' Tanpa Gula & Air Masak Secawan
  • 4.00 PTG - Makan MEAL (SNACK) & Air Masak Secawan
  • 7.00 MLM - Makan MEAL (MAIN COURSE) & Air Masak Secawan
  • 8.00 MLM - STOP Makan

2) Apakah Makanan Yang Sesuai Ketika IF

  • Elakkan Makanan/Minuman Bergula/Manis
  • Kurangkan Pengambilan Karbo (1 hari 1 cawan)
  • Lebihkan Pengambilan Protein (1 hari 2-3 cawan)
  • Lebihkan Pengambilan Sayur/Buah (1 hari 2-3 cawan)
  • Banyakkan Minum Air (1 hari 3-4 liter)

Sila baca artikel seterusnya (PELAN PEMAKANAN IF UNTUK SEMINGGU) untuk mengetahui contoh/rujukan plan pemakanan IF dalam tempoh 1 minggu, apakah jenis MEAL (MAIN COURSE) & MEAL (SNACK) yang sesuai ketika ber'intermittent fasting'.

No comments