Alhamdulillah ini adalah tahun ke-5, lin berpuasa dengan diet atkins. Siapa dekat sini yang nak kurus time bulan puasa sebab nak nampak selim melim time raya nanti, kononnya masa jumpa sedara mara tak la malu kan? Haa, lin salah sorangnya. Setiap tahun berazam nak kurus atau dalam erti kata lain nak cantik. Dan lin rasa time puasa ni penurunan tu berganda-ganda, dan lin guna sebaik mungkin.
Ok ni berdasarkan pengalaman sendiri macam mana nak masih mengawal pengambilan makanan. Selalunya lin akan turun dalam lebih 5 kg dalam bulan puasa.
Tips #1 : JANGAN TERLALU MENGAWAL PENGAMBILAN MKNN
Ye, terus terang sepanjang bulan puasa yang lepas-lepas lin tak strict sangat kawal makan tapi berat masih lagi turun. Xde la macam "Eh, ni fasa 1 x boleh makan la!", "Ni manis ni, x boleh ni!" dan sebagainya. Xde la hari-hari lin duk mengadap telur. Lin masih lagi makan kurma/buah/air manis sekali sekali tapi dalam kuantiti yang sedikit. Kira makan berpada-pada. Kalau time berbuka dah makan manis sikit, dah cukup.
Tips #2 : MAKANAN BERASASKAN SUP LEBIH KENYANG
Tips seterusnya ni bagi lin amat berkesan, sebab bila makan makanan berasaskan air, perut akan mudah terisi dan rasa cepat kenyang. Contoh makanan bersup ni mcm yong tau foo, lontong (tanpa nasi impit, lebihkan sayur, tempe & tauhu goreng), laksa penang (ganti dengan mee konjac, lebihkan sayur timun & salad), ikan stim dan sebagainya.
Tips #3 : MAKAN BANYAK TAPI KENYANG
Ok yang ni, yang paling best! Bayangkan korang berbuka makan shell out hari-hari. Haa tapi kalau hari-hari rabak la poket kan. Yang ni konsep lebih kurang shell out tapi variasi kan. Contoh kalau gi bazar ramadan tu beli la yong tau foo dengan, daging grill black pepper. Dah settle! Time ni korang jangan fikir sgt pasal sos ke apa ke, ngap je!
Tips #4 : MINUM AIR LEBIH UNTUK KEKAL HIDRASI
Yang ni wajib, supaya badan tidak penat sepanjang puasa. Dahla kita kekurangan tenaga, pastu kurang plak minum air. Memang nanti time buka mesti bedal cukup-cukup. So jangan amik mudah pasal ni. Ni contoh jadual pengambilan air dari berbuka sehingga bersahur. Make sure ambil 2-3 liter sehari.
- Berbuka - 1-2 cawan air panas (teh o stevia/teh hijau)
- Lepas maghrib - 1-2 cawan air biasa.
- Semasa solat terawikh - 1 liter air (1 botol air)
- Sambil rehat-rehat tengok tv - 1 cawan air panas/susu segar
- Bangun solat tahajud - Setiap kali selesai solat hirup air dlm 1 cawan air biasa
- Bersahur - 1 cawan air panas (oats instant + susu sikit)
Tips #5 : LEBIHKAN BERIBADAH/SOLAT TERAWIKH
Kalau hari biasa, kadang2 kita suka bagi alasan x de masa nak bersenam la, banyak kerja la, malas la. Tapi time bulan puasa, hidup lebih tersusun. Banyak kan beribadah seperti solat terawikh/bangun malam untuk tahajud dan sebagainya bukan sahaja menambah pahala, tapi ia juga seperti melakukan senaman. Jadi badan lebih sihat, lemak pun terbakar dengan jayanya.
Rasanya tu sahaja dari lin, semoga tips2 ni bawak manfaat di Bulan Puasa.
Insya Allah lin cuba kongsi lagi gambar-gambar menu lin sepanjang di bulan puasa menerusi instagram.