Swift

APA ITU KETOSIS?

APA ITU KETOSIS?

Ni pun ramai dah blogger2 share and lin rasa penerangan paling terbaik ada dekat video yang lin bg dalam post TIPS BERKESAN UNTUK BEGINNER. Senang fhm sebab dia tunjuk dalam bentuk katun comey!

Xpela meh lin recap balik k! 


TRADITIONAL WAYS (NORMAL WITHOUT DIET)
So kalau korang tengok gambar atas tu, biasanya bila kita TIDAK berdiet, selalunya kita akan makan mknn yg mengandungi karbohidrat mcm nasi, roti, kek, mee, buah-buahan, starbuck la, macarooooon la dsbnya. Jadi badan kita akan menggunakan karbohidrat tersebut untuk ditukarkan menjadi tenaga. So kita boleh la jalan-jalan, buat kerja, berfikir dan lain2. Tapi if karbohidrat yang diambil berlebihan/overload and kita malas nk bergerak dan buat kerja. Apa nak buat dengan karbohidrat yang lebih2 tu?? Haa...semua tu akan di simpan jadi spare tyre la.. pinggang mcm kerengga terus jd tong dram. Hehe! 

Tapi if kita makan dengan kuantiti yang sepatutnya atau seimbang so its OK! Maksudnya karbohidrat yang diambil tu just nice untuk pembakaran lemak. So x kurus, x gemuk... IDEAL je!
 
WITH ATKINS DIET
Now untuk yang berdiet atkins pulak, selalu org berdiet ni sebab GEMUK la kan! Yang kurus2 tu jangan gatal plak nk diet atkins, sat lagi tinggal tulang pulak! Hehe...
So untuk atkins ni, kita mengajar badan untuk bakar LEMAK dengan MENGURANGKAN pengambilan KARBOHIDRAT. Tengok gambar atas tu, bila karbohidrat dah sikit dah abis bakar.. minion biru tu pi ambil lemak pulak untuk dibakar. Jadi just imagine, kalau asyik duk bakar lemak x ke KURUS! Jadi ini dinamakan proses KETOSIS.

Haaa faham ke idok? Jadi camner nk berlakunya ketosis ni?

Isk kan dah habaq tadi, kita kena KURANGKAN pengambilan KARBOHIDRAT. Jadi atkins memperkenalkan 4 fasa.

FASA 1 : INDUCTION
Pengambilan Karbohidrat 20 gram sahaja sehari selama minimum 14 hari atau boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun mengikut berat badan dan kesihatan anda.

FASA 2 : OWL (ON GOING WEIGHT LOSS)
Penambahan Karbohidrat sebanyak 5 gram seminggu sehingga mencapai 80 gram/berat badan ideal. Sekiranya sudah ideal, catatkan gram pengambilan karbohidrat anda dan terus ke fasa 4.

FASA 3 : PRE-MAINTENANCE
Penambahan Karbohidrat sebanyak 10 gram sekiranya masih berlaku proses penurunan sehingga mencapai berat badan ideal. Sekiranya sudah ideal, catatkan gram pengambilan karbohidrat anda dan terus ke fasa 4.

FASA 4 : LIFETIME MAINTENANCE
Jaga dan Kekalkan pengambilan Karbohidrat yang terakhir anda. 

Alright.. sekarang korang dah faham and dah tau cara-cara dia. Lets make it HAPPENED! Jangan duk diam diri lagi... Jom tengok MEAL PLAN yang lin recommend tu k! Insya allah there's a WILL, there's always a WAY!



You Might Also Like

0 comments