Swift

Ganti Splenda dengan Stevia

Salam semua,


Dah lama x update resipi.. Sorry sgt2 sesiapa yang menunggu! Today just nak share pasal Stevia.
Start lepas bulan puasa lin dah tak guna dah splenda sugar. Lin ganti  dengan pokok stevia yang lagi natural. Senang rupanya nak jaga pokok stevia nih. So meh lin ajar camner nak guna pokok stevia ni jadi gula k.

Cara-cara untuk serbuk stevia:

  1. Petik pokok stevia dengan dengan memotong daun dari pangkal pokok .
  2. Basuh daun bersih-bersih dan tapis.
  3. Daun yang di basuh kemudian di kering selama 12 jam di bawah matahari.
  4. Apabila daun anda kering , kisar daun dalam blender atau pengisar kopi untuk membuat stevia serbuk. 

Nota ~ serbuk natural stevia tidaklah semanis stevia yang di beli dekat kedai. So nak manis letak la banyak sikit.

Cara-cara untuk cecair stevia:

  1. Untuk membuat stevia cecair, bancuh 1/4 cawan serbuk stevia dengan 1 cawan air panas. 
  2. Kacau dan biarkan pada suhu bilik selama 24 jam. 
  3. Selepas 24 jam gunakan penapis air untuk asingkan cecair dengan daun.
  4. Simpan di dalam balang dan masuk dalam peti sejuk.


Credit to internet picture





Credit to internet picture



You Might Also Like

2 comments

  1. wah..kat mana boleh dptkan pokok stevia ni eh...sng ke nak jaga? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry dah masuk bln 10 baru nk reply.. hehehe~! Lama dah x update blog.. pokok stevia ni beli dkt pasar tani je.. brp ringgit je..senang tumbuh.. senang jaga.. air pun x byk kena siram.

      Delete