Swift

Homemade Cili Sos

Morning peeps,

Ramai kengkawan diet lin bertanyakan pasal homemade sos yang lin selalu buat. Lin pulak selalu lupa nak posting sos homemade. Kebetulan ari ni tengah lepak2 mengupdate resipi, lin masuk kan sekali... Simple je resipi dia.. actually ni resipi untuk sos nasi ayam atau pun kita buat untuk makan bersama popiah..

Bahan2:
  • 6 batang cili merah
  • 2 biji buah tomato
  • 3 ulas bawang putih
  • 1  inci halia (*optional)
  • 4-5 sudu besar cuka atau jus limau
  • 1 paket gula stevia
  • 1 sudu makan garam
  • sedikit air masak
  • tepung jagung (*optional - nak memekatkan sos, dicampur bersama sedikit air)

Cara2:
  1. Blend cili merah, tomato, bawang putih, halia dengan sedikit air.
  2. Masak bahan2 blend dengan api yang kecil.
  3. Masukkan bahan2 perasa (cuka, gula, garam, tepung jagung)
  4. Sekiranya masuk tepung jagung, periksa kelikatan sos, kerana sos akan bertambah pekat bila sejuk.
  5. Biarkan sos sejuk seketika sebelum dibotolkan.

You Might Also Like

0 comments