Asam Pedas Ikan Tenggiri

Lin rasa sume orang malaysia tau macam mana nak masak asam pedas. Cuma untuk org yang berdiet Atkins x bleh makan makanan bergula kan.. 




Bahan2:



  • 2-3 keping ikan tenggiri
  • 5 ulas bawang merah – ditumbuk
  • 1 ulas bawang putih – ditumbuk
  • 1 inci kunyit hidup – ditumbuk
  • 1 batang serai – dititik
  • Sedikit belacan
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 2 cawan air biasa
  • 8-10 tangkai daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan – dibelah dua 
  • 4 biji bendi
  • 1 biji tomato – dihiris
  • Garam dan gula (ni tukar kepada gula splenda tau - 1 paket sahaja)

Cara2:
  1. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk. Tumis bawang merah, bawang putih, kunyit, serai dan belacan sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis seketika (5 minit).
  2. Masukkan air biasa dan air asam jawa. Kacau sekata dan biarkan mendidih.
  3. Masukkan ikan, daun kesum, bunga kantan, bendi dan tomato. (untuk bendi dan tomato, mungkin masukkan lambat sedikit)
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Siap untuk dihidangkan.
Total Carb (<5g)